Pengalaman Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 by Nasrin Faris 01DEP16F1007

assalamualaikum ,saya mula pengalaman sy menyambut hari raya aidilfitri pada tahun 2017 ini dengan balik kampung , saya tersangat gembira balik hari raya memandangkan semua adik beradik sy pulang ke kampung pada tahun ini.Saya pulang ke kampung dengan abang saya yang menetap di kuala Lumpur,memandangkan abang saya ingin balik ke kampung melalui gerik ke kelantan, sy menumpang dia sekeluarga untuk pulang bersama.suasana balik kampung terasa sangat riang kerana dapat berjumpa dengan sanak saudara yang jauh.berbalik kepada kenangan sy berhari raya tadi, pada malam raya saya dan abang-abang bermain bunga api dan memasang pelita ,manakala , ibu dan kakak saya sedang memasak untuk dijamu pada keesokan harinya.




Pada pagi raya , saya dan ahli keluarga bersiap-siap untuk ke masjid .saya memakai baju raya yang baru dan berkemas untuk solat sunat hari raya di masjid.selepas selesai solat,kami sekeluarga menziarahi kubur arwah ayah kami.selepas itu, kami pulang ke rumah untuk saling bermaaf-maafan antara satu sama lain dan saya menziarahi rumah jiran-jiran yang terdekat sebelum kami pulang ke rumah atok belah arwah ayah kami di pasir putih.hanya ayah dan mak saudara saja yang tinggal di rumah atok,atok saya telah meninggal 2 tahun lepas.kami pulang ke rumah semula selepas menziarah rumah atok dan menempuh jem di jalan raya.pada waktu malam ,saya menghabiskan bunga api yang sedia ada dan berehat selepas penat menyambut hari raya pertama.




Pada hari raya kedua pula,ibu saya ingin pulang ke kampung halamannya di terengganu,perjalan kami dari kelantan ke terengganu memakan masa 5jam ekoran jalan raya dipenuh kereta dan jem di sesetengah tempat.kami selamat sampai pada waktu malam.kami kepenatan lalu tertido awal dan tidak sempat berjumpa saudara-mara.pada keesokan harinya,saya hanya duduk di rumah nenek saya,hanya tinggal nenek sahaja lagi,atok sudah meninggal tahun lepas..pada waktu petang kami pergi ke pantai dan terlalu ramai orang di pantai menyebabkan kami terpaksa akur untuk pulang kerana hari sudah gelap.pada waktu malam,bapa saudara saya menjamu kami saudara mara dengan bihun dan ayam goreng.kami makan dengan gembira dan malam itu saya gembira kerana perut sudah kenyang.bak kata orang "perut kenyang,hati riang".keesokan kami pulang ke rumah di Tanah Merah,Kelantan.kami penat tapi gembira..keesokkan harinya pula,saya mengambil kesempatan untuk menziarah rumah kawan-kawan dan guru-guru yang pernah mengajar saya dahulu.pada hari raya ke-6 ,saya terpaksa akur dengan masa kerana cuti hari raya sudah nak habis dan saya menaiki bas untuk pulang ke Ipoh dan meneruskan pembelajaran di Politeknik Ungku Omar seperti biasa..Itu saja pengalaman saya pada hari raya tahun ini.Terima kasih daun keladi,kalau panjang umur jumpa lagi.😁sekian .............


ps:follow my ig- nasr_fariss↓
https://www.instagram.com/nasr_fariss









Comments